SELAMAT DATANG
Portal rasmi
UNIT JAMINAN KUALITI
Bahagian Governan & Kecemerlangan,
Jabatan Pendidikan Politekniik & Kolej Komuniti
Semuanya di sini!
LEARN, EXPLORE & SHARE
TENTANG KAMI
Bagaimana Kita Saling Membantu?
Proses perolehan akreditasi merupakan satu perkara penting bagi menentukan tahap kualiti penawaran sesuatu program pengajian. Perolehan akreditasi melalui mana-mana badan yang berkenaan dilihat sebagai salah satu komitmen berterusan institusi dalam memastikan bakal graduan yang dilahirkan memenuhi keperluan standard dan piawaiaian yang ditetapkan. Maka atas sebab itu, unit ini perlu ditubuhkan bagi membantu institusi politeknik & kolej komuniti untuk memahami keperluan standard yang ditetapkan dan secara langsung bersama-sama dalam usaha untuk mendapatkan perakuan akreditasi,
​
Unit Jaminan Kualiti (UJK) merupakan salah satu unit di bawah Bahagian Governan & Kecemerlangan, Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti. Unit ini diangotai seramai enam pegawai yang mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan dan pengalaman dalam menguruskan, memantau dan melaksana urusan berkaitan akreditasi program pengajian.
Unit ini berperanan utama dalam merancang dan melaksanakan urusan akreditasi program pengajian dan institusi secara berterusan bagi tujuan memenuhi keperluan akreditasi atau piawaian badan-badan profesional lain di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Ini termasuklah perolehan akreditasi melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), Lembaga Juruteknologis Malaysia (MBOT) dan juga badan-badan akreditasi luar.
Unit ini juga berperanan dalam menyelaras dan memantau aktiviti jaminan kualiti program pendidikan dan latihan agar mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) atau piawaian badan-badan profesional yang lain di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Selain itu, unit ini juga berperanan dalam merancang, mengurus dan melaksanakan urusan penilaian program pendidikan dan latihan bagi tujuan penambahbaikan berterusan berdasarkan piawaian yang ditetapkan oleh oleh Kerangka Kelayakan Malaysia atau piawaian badan-badan profesional yang lain di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
​
LEARN, EXPLORE & SHARE.
PERANAN UNIT JAMINAN KUALITI
PERANAN 1
Merancang dan melaksanakan urusan akreditasi program pengajian dan institusi secara berterusan bagi tujuan memenuhi keperluan akreditasi atau piawaian badan-badan profesional lain di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
​
​
PERANAN 2
Menyelaras dan memantau aktiviti jaminan kualiti program pendidikan dan latihan agar mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Kerangka Kelayakan Malaysia atau piawaian badan-badan profesional yang lain di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
​
Dasar & Prinsip Jaminan Kualiti
Kalendar 2019
Pemantauan Program Pengajian
PERANAN 3
Merancang, mengurus dan melaksanakan urusan penilaian program pendidikan dan latihan bagi tujuan penambahbaikan berterusan berdasarkan piawaian yang ditetapkan oleh oleh Kerangka Kelayakan Malaysia atau piawaian badan-badan profesional yang lain di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
​
Maklumbalas Kurikulum
SOALAN LAZIM
Semua jawapan ada di sini, atau jika TIADA, boleh terus ajukan kepada kami
APAKAH BADAN YANG MENGAKREDITASI PROGRAM PENGAJIAN SAYA?
Secara amnya, semua program pengajian yang ditawarkan oleh Pemberi Pendidikan Tinggi (HEP) perlu mendapatkan status perakuan akreditasi melalui MQA selaras dengan Akta 679 (Akta MQA). Namun demikian, Akta 777 (Akta Pendaftaran Kejuruteraan) telah mewajibkan pelajar dalam bidang kejuruteraan yang ingin mempraktikkan amalam kejuruteraan perlu berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM). Maka, bagi melayakkan graduan bidang kejuruteraan/teknologi kejuruteraan mendaftar dengan BEM, maka proses kreditasi bagi program pengajian tersebut perlu melalui akreditasi dari Majlis Teknologi Kejuruteraan Malaysia (ETAC).
APAKAH TEMPOH AKREDITASI YANG DIBERIKAN OLEH SESUATU BADAN AKREDITASI?
Bagi program yang memenuhi keperluan standard badan akreditasi berkenaan, tempoh yang diberikan adalah selama 5 tahun (MQA). RISM? ETAC? MBOT?
BAGAIMANA PROSES PEROLEHAN AKREDITASI?
Setiap proses perolehan akreditasi adalah berbeza mengikut badan pemberi pengiktirafan berkaitan. Sila rujuk laman blog pada pautan di atas bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.
PERTANYAAN?
Kongsikan pertanyaan anda bersama kami di sini. Atau sekiranya anda mempunyai cadangan untuk menambahbaik sebarang perkara berkaitan Jaminan Kualiti untuk Sistem Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti.
Isikan maklumat ini bagi mendapatkan maklumbalas lanjut, atau boleh terus berhubung dengan kami melalui aplikasi WhatApps di SINI
PASUKAN KAMI
Kenali kami bagaimana untuk kita bekerjasama dan saling membantu
MOHD NASIR BIN ABD GHANI
PENGARAH
BAHAGIAN GOVERNAN DAN KECEMERLANGAN
JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI
Beliau merupakan graduan Sarjana Muda dari North Carolina St. University USA dan Sarjana dari Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang Kejuruteraan Elektrik.
Beliau mula berkhidmat sebagai Pengarah di Bahagian Governan dan Kecemerlangan (BGK) JPPKK pada tahun 2018 sehingga kini.
​
Tel : 03 - 8888 2877
E-mel : mohdnasir.ghani@moe.gov.my
WhatApps link : HERE

KHAIRUL AZHA BIN AHMAD
TIMBALAN PENGARAH
UNIT JAMINAN KUALITI
BAHAGIAN GOVERNAN DAN KECEMERLANGAN
Beliau mula bertugas di Unit Jaminan Kualiti pada Julai 2018. Menyelaras proses pengiktirafan program mengikut badan akreditasi MQA, ETAC dan TTAC, mengurus kerja-kerja berkaitan jaminan kualiti dan standard.
​
Tel : 03 - 8888 3370
E-mel : khairul.azha@moe.gov.my
WhatApps link : HERE

NOARYANTI BIN MOHD NOOR
PENOLONG PENGARAH KANAN
UNIT JAMINAN KUALITI
BAHAGIAN GOVERNAN DAN KECEMERLANGAN
Mula menguruskan jaminan kualiti pada tahun 2018. Beliau merupakan pakar dalam proses akreditasi MQA dan APACC
​
Tel : 03 - 8888 3966
E-mel : noaryanti@moe.gov.my
WhatApps link : HERE

DARNI BINTI MOHAMED YUSOFF
PENOLONG PENGARAH KANAN
UNIT JAMINAN KUALITI
BAHAGIAN GOVERNAN DAN KECEMERLANGAN
Mula menguruskan jaminan kualiti pada tahun 2018. Beliau merupakan pakar dalam proses akreditasi Technology and Technical Accreditation Council (TTAC)
​
Tel : 03 - 8888 3409
E-mel : darni.yusoff@moe.gov.my
WhatApps link : HERE

NABIL BINTI YAACOB
PENOLONG PENGARAH KANAN
UNIT JAMINAN KUALITI
BAHAGIAN GOVERNAN DAN KECEMERLANGAN
Mula menguruskan jaminan kualiti pada tahun 2018. Beliau merupakan pakar dalam proses akreditasi MQA
​
Tel : 03 - 8888 2480
E-mel : nabil.yaacob@moe.gov.my
WhatApps link : HERE

NORDIANA BINTI MOHD NOR
PENOLONG PENGARAH KANAN
UNIT JAMINAN KUALITI
BAHAGIAN GOVERNAN DAN KECEMERLANGAN
Mula menguruskan jaminan kualiti pada tahun 2018. Beliau merupakan pakar dalam proses akreditasi Engineering Technologi Accreditation Council (ETAC)
​
Tel : 03 - 8888 3299
E-mel : diana.mohdnor@moe.gov.my
WhatApps link : HERE

NURIZAN BINTI TAHIR
PENOLONG PENGARAH KANAN
UNIT JAMINAN KUALITI
BAHAGIAN GOVERNAN DAN KECEMERLANGAN
Mula menguruskan jaminan kualiti pada tahun 2020.
​
Tel : 03 - 8888 2480
E-mel : -@moe.gov.my
WhatApps link : HERE
